Sunday, May 1, 2011

Ini Madah Untuk WAHABI, Moga Menginsafkan!

Mereka kata,
Ilmu berada di lembaran Quran dan hadith Nabi
Mereka salah. Ilmu tiada di situ.
Ilmu berada di akal.
Quran hadith tiada punyai akal
Yang punyai akal hanya manusia.

Ayo manusia,
Kita syukuri anugerah akal ini.
Gunakan selalu jangan tinggalkan usang
Tuntutlah ilmu, banyakkan berfikir.



Tetapi mereka kekal bertanya,
Ilmu di akal kata kau? Mana hadithnya? Sahih kah?

Dan mereka kekal dengan kritikan sama,
Jangan putar belit, jangan memeningkan orang!

Laju pula menasihati aku dengan wasiat guru-guru mereka,
Cukup berpegang kuat dengan quran hadith kalau nak selamat! Tak payah fikir dalam-dalam. Islam kan mudah. Kau yang menyusahkannya!






Untuk kali yang kesekian, aku mengurut dada.
Walau dada tak pernah lenguh.
Mulut aku yang lenguh berkata-kata,
tangan yang lenguh kerana menulis kata-kata ini.

Sambil terfikir,
bukankah itu nasihat ayah aku juga sewal azan pertama?
Mengapa mereka mengulang-ulanginya setiap hari?
Seminar anjuran mereka pun temanya sering sama.

Bukit Beruntung, 3:08pagi.

No comments:

Post a Comment