di rumah Tuan Guru hj Hadi, bersama istri beliau.
Permakaman Tok Kenali
baru tiba di Pondok Pasir Tumboh
Minggu lepas aku ikuti satu program atas nama Kembara Ilmu Mendekati Ulamak di Kelantan Terengganu yang lebih cool disebut "Jalan-jalan Cari Ulamak". Dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Pondok Tauhid yang berpusat di Pondok Tuan Guru haji Salleh, Sik Kedah. Terima kasih akhi Helmi selaku ketua rombongan. Terima kasih juga komrad-komrad Darul Quran kerana melayan ajakan aku. Anas (sanggup datang dari Gombak), Asyraf, Sumaiyah, dan apitnya Hikmah.
Biar aku riwayatkan apa yang termenarik menurut aku ;
Yang paling manarik mestilah bersolat berimamkan Tuan Guru Nik Aziz di masjid beliau. Zauqnya berbeda sekali. Kami juga melawat rumah Tuan Guru Haji Hadi Awang di Rusila berdekatan sangat dengan pantai. Tapi tuan guru tiada di rumah, beliau di seberang laut (di luar negara lah!).
Kemudian ke Pondok Pasir Tumboh, sempat menatap wajah Tuan Guru Haji Hasyim yang mulia. Beliau sangat uzur, dah tak berupaya bangun, berpanjangan terlantar di pembaringan. Kemudian ke makam Tok Kenali seorang ulama yang sangat dikenali seperti namanya jua. Di Pasar Payang aku panjat bukit (situ kawasan perbukitan) untuk ke Kubu Puteri. Di sana terdapat makam seorang ulama dari Hadralmaut Yaman bernama Syaikh Yasin.
Tuan Guru Haji Hasyim di rumah beliau dalam Pondok Pasir Tumboh
Satu tempat yang cukup menarik juga adalah Kedai Buku Jafar Rawas di Pekan Kota Bharu. Orang Kelantan mesti tahu toko buku popular ini. Toko ini istimewa kerana menghimpun kitab-kitab turath (lama) pelbagai tajuk selain ada juga buku-buku moden.
Khazanah berharga ini sangat-sangatlah berharga, betul-betul ilmiah, ilmiah tahap 'piyao' punya. Akan tetapi malangnya ramai remaja moden hari ini bengong menilai betapa berharganya buku-buku lama ini! Sebagaimana mereka tak tahu betapa ulungnya ulama-ulama tradisional, tok-tok guru pondok, yang pada hari ini dibilang jumud, kolot, tak tahu internet, tak punyai blog, tak punyai facebook, dan pelbagai lagi pandangan yang tak payah aku sebut lagi. Sebab, nak buat apa menyebut panjang telahan-telahan yang dangkal.
Maka aku ingin mencerahkan bahwa, aliran pengajian ilmu secara tradisional adalah yang paling ilmiah, mendalam, filosofis, bermakna, rasional, oleh itu lah para santri yang serius mengikuti pengajian stail lama ini yang memimpin kebangkitan tamadun Melayu-Islam di rantau ini ketka masa itu. Tak percaya tanya Prof. Naquib Al-Attas. Tak yakin tanyalah google. Zaman moden kan?
*gambar-gambar dari blog akhi Helmi
"Ulama Pewaris Rasul Pilihan"
"PAKSU Pendokong Ulama Pewaris"
No comments:
Post a Comment