Setiap orang punya jiwa. Manusia unik kerana jiwanya.
Manusia sering gelisah bila ditimpa ujian, tetapi terlebih gembira pabila didatangi nikmat. Itulah dunia. Manusia sering tewas kepada dunia. Banyak kali kalah manusia kepada kemodenan dunia abad dua puluh satu ini. Dunia meliurkan, menggiurkan, dan menggugahkan.
Mahu apakah sebenarnya manusia dalam hidup ini?
JIWA menangis saat dilepaskan ke dunia. Rasa macam disumbat ke dalam penjara. Kesiksaan. Dari saat itu sampai ke saat terakhir ini, jiwa meronta-ronta mahu pulang ke hadrat Tuhan. Inilah kemahuan mutlak jiwa-jiwa manusia. Kerana di hadrat Tuhan ada kebahahagiaan tak tertara, tak kan bisa diceritakan oleh lidah.
Jiwa terus-menerus menderita di celah kecanggihan benda-benda.
Apa solusi masalah ini?
Ilmuwan Barat cuba menyelesai masalah ini. Maka psikologi atau ilmu kejiwaan berkembang di Barat. Lihat, masalah ini bukan menimpa kaum Timur saja. Barat juga. Bahkan mereka lebih kririkal. Tokoh Barat yang terkenal dalam disiplin ilmu ini salah seorangnya Sigmeund Freud.
Namun, bagi kita orang Islam, penyelesaiannya ada pada ilmu tasawuf. Inilah kuncinya. Inilah psikologi cara Islam dengan tokohnya yang terkenal antara lain ialah Al-Imam Al-Ghazali.
Tasawuf adalah jalan penyelesaiannya, kerana agama kita jelas menyatakan bahawa roh (atau jiwa) manusia akan tenteram pabila berada di sisi Tuhannya. Ini lah pokok perbahasan dalam ilmu tasawuf.
Apa itu Tasawuf ?
Syeikh ‘Abdul Qadir bin ‘Abdul Muthalib al-Indonesia - ulamak ulung Melayu yang berpeluang mengajar di Masjidil Haram - dalam kitab beliau Penawar Bagi Hati menyebut begini;
“ dan diketahui olehmu bahawasanya maksud daripada ‘ilmu tasawwuf itu membersihkan segala anggota yang zahir daripada segala perbuatan yang keji supaya ada ia menyampaikan kepada membersihkan hati daripada segala sifat kecelaan
Said Hawwa mengemukakan dalam kitabnya, Tarbiyatuna alRuhiyyah h:13 dengan katanya ;
“ Sesungguhnya zaman kami ini adalah zaman kesyahwatan, kerosakan, dan kebendaan yang mesti dibenteras dengan alternatif yang lain. Dengan tegasnya, saya menyatakan
sesungguhnya hanyalah pentarbiyahan tasawwuf yang boleh dijadikan alternatif untuk mengatasi permasalahan ini.”